Pendahuluan


Pada zaman moden ini, terdapat berbagai-bagai teknologi terkini yang membantu memudahkan manusia dalam pelbagai bidang. Kemajuan sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan yang mana inovasi dan pencapaian dalam bidang sains teknologi telah menjadikan kehidupan kita lebih mudah kerana kita dapat menyelesaikan pekerjaan yang rumit dengan cepat. Kemajuan dalam penciptaan yang canggih melalui penghasilan manusia menerusi ilmu sains dan teknologi bukan sahaja dapat dinikmati oleh masyarakat malahan juga negara. Kebanyakannya dikatakan hasil ciptaan ilmuan barat.Namun,tahukah anda bahawasanya ilmuan islam merupakan pelopor terdahulu bagi kemajuan sains dan teknologi.Semuanya telahpun bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.Terlalu banyak sumbangan umat islam yang meneraju kepada kemajuan sains dan teknologi. Para ilmuan muslim tidak henti-henti membuat kajian demi kajian yang menjurus kepada penemuan formula baharu mahupun penciptaan sesuatu yang baharu. Sumbangan islam dalam sains dan teknologi telah mencakupi hampir semua bidang.